Usaha Mengekalkan Budaya Warisan Rakyat Malaysia
Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa “tak basah dek
hujan, tak lekang dek panas”. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa
perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat
Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan
budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gortik” umpamanya menerapkan
unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan
keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan
semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah
yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih
bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal
yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk
mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan
nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.
Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir
deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana
manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap
kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam
persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam
kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di
Malaysia. Bak kata peribahasa, “tak kenal maka tak cinta”. Dengan menghadiri
perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat
mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang
mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa
ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan
acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia,
bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia
sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.
Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun
jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang
seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian
kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan
tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada
amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak
gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain
itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu
menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya
mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus
dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga
amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri
teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan
maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu
bapa kita.
Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang
perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan
ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala.
Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan
mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja
menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya.
Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri
majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional
seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri
seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab
berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana
tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas
fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana
genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan
yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan.
Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat
tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat
kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini
telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat
dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita
sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara
penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek
atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan
kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan
tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah
dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.
Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas
menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada
anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya
memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan
warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita
bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti
seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung
dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita
berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun
pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan
mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan
menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang
kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang
tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang
mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita
yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah
diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita.
Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang
harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini
tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar?
Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik
dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng
tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita
sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu
Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
*Usaha Mengekalkan Budaya Warisan Rakyat Malaysia

No comments:
Post a Comment